nampaknya setelah berbulan-bulan bergelumang dengan cuti sem beserta kelemakan yang semakin meningkat, akhirnya barulah timbul kesedaran dalam diri untuk mengeluarkan sedikit hujah2 dalam blog. Kemalasan semakin memuncak tatkala aktiviti makan minum diuruskan oleh mak tercinta di rumah,, haha.. bangun tido je nampak makanan.
tapi sekarang semua itu hanya lah mimpi terlampau semata kerana CUTI SEM DAH HABIS!!!!!!!!!!
and now already 2 weeks menjadi senior konon nya kat INTEC ni ha... no more bangun pukul 10, no more free foods and semua kene beli sendiri,, oh,, sungguh tidak ku rela di atas apa yang berlaku ini,, card cimb terasa seperti disembunyikan dalam peti besi supaya tak beli brg secara boros.. hahha..
tapi keinsafan untuk berjimat cermat hanya bertahan selama seminngu,,, KL memanggil2 duit dalam bank ku untuk dikeluarkan,, haha,, memang misi awal sem tak pernah ada yang tercapai.. think positively,,, pergi KL untuk beli barang raya,, ^_^
sedap kan hati,, haha..
untuk sem 3 ni,, banyak perkara menyeramkan telah dirancang seperti IELTS yang kene speaking bagai,, habis lah tak paham caucasian yang jadi examiner untuk test ni tak paham speaking jawa-english aku,, haha,, sambal belacan punca segala ini berlaku, jadual pulak memang boleh menyebabkan anda perlu meninggalkan otak dikelas untuk ke tandas tak pon ada yang terpakse melepaskan hajat dekat tangga sebb tak sempat gara-gara tumpat dan padat masa nya,, memang bertambah la keje cleaner.. hehe..
![]() |
| nah amekaw,, nak tengok burung terbang kat luar pon terpaksa postpone dulu |
tetapi,, di atas tahap kesenioran yang telah hampir dipuncak,, semua ini perkara biasa,,
normal thing bila sampai kelas lambat plus bangun lambat,haha,, alasan,, tido lambat dan bus ambik lambat.. comel kan alasan tu ^_^
dalam kesibukan untuk jadi doctor, dunia photography @ membuang masa tetap menjadi pilihan sampingan,, berposing di tempat yang cute jadi keutamaan,, hahah,,
hah,, ni tempat paling awesome kat intec.. ala2 jepun kot,,, jadi orang yang berangan kat luar negara pon buat muka tebal ambik gambar macam kat luar negara,, haha..
takpe,, practice untuk ke ireland insyaallah,, doakan kami ye :-)
aku dah book pokok ni jadi gambar utama untuk album kawin,, hahha..
masa depan perlu di fikirkan..
aku dah book pokok ni jadi gambar utama untuk album kawin,, hahha..
masa depan perlu di fikirkan..
tempat2 seterusnya akan dicari lagi pada masa akan datang,, mungkin ade padang pasir di intec,, haha..
nampaknya sampai kat sini je nak bebel... esok dah puasa,, nak jimat kan enzyme2 dalam mulut kerana mereka akan bekerja keras untuk kenyangkan aku masa puasa mulai esok,, haha..
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA MUSLIM...
sama2 lah mempertingkatkan ibadah bagi menambah pahala..
nak balik kampung !!!!!!!
yeaaaaaa!!!
TAPI TIKET HABIS

