assalamualaikum,,
errrkkkk,, kenyang makan meggi goreng gara2 kebuluq tahap maxima memalam macam ni,, dah kenyang rasa bermalas-malasan nak buat keje,, jadi, berbaringan sahaja la di katil nan tak empuk sangat sambil mengupdate blog.
So dalam keadaan yang berkecamuk,berkalu-kalutan hati dan segala yang seangkatannya,, kini saya mengisytiharkan,, bahawa,, cito-cito den nak koje jadi doktor tergendala seketika,, bukan kerana black out,, tapi kerana keadaan belum mengizinkan lagi..
Adalah dalam seminggu lepas,, ke bukan,, lebih sikit la,, dapat result alevel,, alhamdulillah,, Allah bagi result yang baik,, di mana, Allah meletakkan aku di tempat yang masih selamat,, Alhamdulillah,, biasiswa yang den guno dua tahun lepas tidak diberhentikan,, dapatla aku berjimba lagi lepas ni,, haha, hoiiii,, tak baik,, orang bagi duit untuk belajaarrr,, haaaaa,, tengok,, tak payah nak pikir apa hikmahnya,, terang2 Allah dah tunjuk,, hehe,, walaupun tak dapat nak terbang-terbang ke obersea,, tapi tak pelah,, ada lagi jalan lain nak jadi doktor insyaallah.. bukan tempat yang menentukan jadi doktor atau tak,, dan aku yakin,, semuanya ikot rezeki masing2,, ada yang jalannya mudah sikit,, ada yang berbukit-bukau, ada lalu paya,, dan banyak lagi.. tapi yang penting kita kena yakin,, semua jalan yang kita lalu, Allah ada bersama kita dan insyaallah akan sentiasa membantu kita..
kalau orang tanya sedih ke tak,, gila ko tak sedih,, UPSR 3A pon aku sedih,, ni kan pulak a level, haha,, tapi den steady,, kalau aku sedih, sapa yang nak happy,, aku nak happy jugak,, hidup kene diteruskan,, agi idop agi ngelaban!! tak lepas a level,, kahwin boleh lagi,, kahwin lagi penting, haha,,
untuk orang yang result macam aku,, memang dugaan yang agak besar la,, orang lain dok pikir nak beli baju apa, kasut apa, buat visa macam mana,, aku ni kene pikir,, apa aku kene buat lepas ni, U apa aku nak kena mohon,, apa nasib aku lepas ni,,boleh ke jadi doktor,,, macam2 lagi.. tapi tak pe,, den steady lagi,, benda-benda camni,, small matter je,, hehe,, besar la jugak, kalau rasa sabar dan tabah tu tak cukup dalam,, setiap kali pikir apa orang yang nak fly tengah buat dan fikir nasib lepas ni,, mesti aku boleh nangis weiiiii,,, tapi,, tapi,, pikir balik apa niat dua tahun lepas,, nak jadi doktor atau nak fly?? haaa.. nak mana,,, ye,, memang sangat aku akui,, rasa sedih masih ada,,, tapi hidup mesti diteruskan :p
tapi banyak2 benda,, yang aku paling kecewa tahap gaban,, bila terpaksa mengecewakan parents and family,, memang semua ni tak terduga,, mungkin berlaku kerana dosa-dosa aku yang lalu,, mungkin ujian Allah yang nak uji hambaNya,, okey tu confirm,, pastu mungkin jugak Allah nak tunjuk yang belum masanya lagi aku jadi doktor, mana la tahu kalau aku jadi doktor sekarang aku terbunuh orang ke,, tertinggal pisau dalam perut ke,, salah masuk tulang ke,, haha,, haa,, tak nak aku,,sebab tu mungkin Allah lambatkan sikit,,kalau aku nak jadi doktor,, boleh je,, tapi mungkin perlu sedikit turn left and right,, harap perjalanan aku dan rakan2 dipermudahkan,, amin,,
Dan alhamdulilllah,, Allah dah menunjukkan aku banyak sangat jalan.. tinggal aku je pilih,, nak yang susah sikit ke,, senang ke,, Allah jugak berikan aku insan-insan yang baik disekeliling aku,, insan yang tak putus2 bagi semangat, parents and family yang cukup sempurna untuk aku,, insan yang sanggup membantu aku untuk sambung belajar, rakan-rakan masa senang dan susah,, lecturer yang terus bagi semangat dan banyak lagi la,, ye,, Allah uji aku dengan sedikit kekalahan,, tetapi lepas tu Allah bagi aku dengan banyak kebahagiaan dan pertolongan, alhamdulillah,, terima kasih YA ALLAH :')
so apa plan lepas ni??? ermmm,, insyaallah akan sambung lagi belajar,, harap Allah membantu aku dan rakan2 nak cari U yang terbaik untuk kami,, dan course yang terbaik,, dan harap cita-cita nak jadi doktor dapat diteruskan,, amin..
nyah ko putus asa,, aku tak pernah kenal ko.. ko hingat aku nak putus asa,, haa,, no,, never never ever, haha,,
untuk mengatakan kita reda dan bersyukur itu mudah,, tetapi untuk melakukan nya sukar,, semoga hati ini telah cukup reda dan bersyukur dengan ketentuan Allah,, amin,
so,, bagi kawan2 yang akan fly tak lama lagi,, i wish u all the best,, semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah dan semoga sentiasa berjaya serta sentiasa berada dijalan yang diberkati oleh Allah.. laluan kita mungkin berbeza,, tapi matlamat kita insyaallah masih sama,, semoga kita berjumpa lagi. sayang korang
sangat :')