Wednesday 22 April 2020

2020- NEW YEAR, NOT SO NEW ME

My last post was on Sept 2016. 

Such a long time,, haha

btw,,

Assalamualaikum everythinggg.. (this is a thing now okey) haha

Never thought I can log-in to this blog site after almost 4 years. ☺
Penat geledah wei...


Btw, since today is 22/4/2020,, the world especially Malaysia (where im currenly living obv) currently facing a pandemic known as Covid-19.
We are in the 3rd phase of Perintah Kawalan Pergerakan (RMO), which means,it's more than 1 month I've living idly. So lazy mehhhhh..

Thus, this brings me here. To the longg lost blog. haha.


To my surprise, ramai yang read my previous post thooo,, who were you readers????


Thank you btw to those yang still sabarly follow me evethough the chance for me to update this blog is like 0.000001 %. Haha.

Btw, 24/4/2020 will be the first day of holy- Ramadhan month for all muslims. Semoga kita bertemu untuk Ramadan tahun ini dan tahun-tahun mendatang. 
Ramadhan and Syawal will be a bit different tthis year i guess..

No, no. Not than I am going to fast with my partner (not found yet okeyy) haha.. But, there will be noo bazar Ramadhan and some other things this year but I hope we can still be the best version of ourselves to carry out the ibadah puasa and other ibadah. 


Till we meet again ya guyssss..

Love you alls.

Friday 2 September 2016

Masih Nur Azmira

Assalamualaikum.
Okey, sekarang dah masuk 3/9/2016 pada jam 2.52 pagi dan aku masih belum boleh tidur.
Semua ni mungkin atas dasar dah topup tidur 3 jam siang tadi, lepastu dinner melantak mee bandung siap roti canai sekeping dan teh ais secawan. Tetiba datang mood nak update new entry gituewww. Macam seram en pepagi buta gini datang mood. haha.

Esok will be another 'big day' yang perlu dihadap. Hati, mental dan fizikal perlu kukuh, jiwa perlu mantap. Dan harapnya perasaan 'it supposed to be me' tak datang lagi.

Eh, kenapa tetiba 'it supposed to be me' pulakkan?
Haaa kena bukak buku sejarah semula ni kalau nak tahu kenapa. Mintak-mintak la anak cucu cicit aku tak baca blog ni, memalukan je dah tua nanti. haha.

Tahu je ramai macam berharap untuk tahu the real story behind all these shocking news en. Every time aku update status ada je manusia yang cuba menimbulkan spekulasi dan gossip tersendiri. Sampai dah move on ni pon ada je orang nak tahu perihal peribadi ku ini. Dah dipinang orang ke, dah ada orang lain ke. Uishhh,, sis bukan retis, kenapa hangpa dok banyak sangat tanya ni.. Rimas ada jugak. Haha.

Banyak je dengar kisah-kisah yang terjadi dekat tempat depa belajar tu. Somehow, aku decide untuk tak bukak cerita sebenar especially kepada wanita itu. Takpelah, biar la dia dengan sekadar apa yang dia tahu, dengan kebahagian yang dia impikan sejak diajak kahwin. Aku tak layak untuk menghancurkan impian dan kebahagiaan orang. Aku tak layak untuk buka aib orang. Apatah lagi wanita itu tak make effort pun untuk confront dengan aku, tanya perkara sebenar. So, who am i nak tetiba datang kat orang and cakap, 'wei aku ada benda nak bagitahu tentang mamat tu'. Nobody will trust me and end up fikir aku cuma buat atas dasar cemburu melihat dia bahagia. No point la kan. 

After all aku happy je tengok orang yang aku pernah sayang, sekarang bahagia dengan pilihan hati dia. Walaupun bukan aku yang membahagiakannnya. 

Tiada guna jugak aku nak bersama dengan orang yang cakap tak pernah janji nak kahwin dengan aku. Ye, takpe, biar aku dan Allah je yang tahu betapa banyak janji yang kau dah lafazkan. Moga tidak la satu hari nanti kau termakan dengan janji-janji yang kau kata kau tak pernah berikan. 

Apatah lagi dengan kata-kata mak kau yang pernah aku panggil 'mama'. Mendalam. Tertusuk terus kedalam hati aku. Tawar. Ye tawar hati ni, hilang rasa sayang yang ada. 
Aku anggap nya sekarang sebagai 'pernah' sahaja.
Biarlah. Yang aku boleh kata biarlah. Biarlah mereka. 

Siapalah yang cukup kuat untuk bertahan walaupun sudah move on. Aku sudah move on, Sudah mula berusaha dengan insan yang lain. Tapi jujur hati aku masih rasa getarannya apabila melihat gambar-gambar mereka yang diupload. Jujur selepas melihatnya aku masih berdoa supaya Allah terus kuatkan aku. Kuat untuk selamanya. kerana aku masih Nur Azmira yang punya hati yang sama. 

Thursday 18 February 2016

Thank You.

With time, the wounds will heal.
Leaving scars.
Scars that will remind me of all the memories.


'Cepat habis belajar, cepat kahwin'
'tahun depan'
'lepas habis belajar'

Hidup aku bertahun-tahun yang bermimpi, mimpi yang indah, tapi rupanya memang sekadar mimpi.
Mimpi yang tidak akan tercapai.
Masa depan yang telah aku rancang tapi rupa-rupanya Allah rancang yang lain.
Hati, hati yang terlalu berharap, bergantung kepada manusia,
Parah. Hati yang sangat parah apabila terlalu mengharap.
Aku tak salahkan Allah,
sebab aku ingat lagi yang aku sendiri minta diberikan insan yang terbaik untuk jadi imam,
untuk bawa ke syurga.
Mungkin dia bukan yang terbaik dan aku hanya perlu sabar, tunggu yang sebenar-benarnya.
tapi, boleh ke?
Jika hati masih berharap pada yang satu,
Tapi satu itu sudah menemui yang terbaik untuknya, Sudah gembira dengan keputusannya untuk pergi. Sudah merancang masa depannya dengan si dia.
Bodohkah aku kerana masih mengharap dan menunggu?
Aku memang perlu terus pergi, tapi hati ini,, AHHH!
aku pun tak faham.

tapi aku rasa, perkara ni tidak sepenting mana.
kerana aku lebih gembira apabila mak, ayah aku masih ada, family aku masih ada.
Bukan kah jika meraka tiada, lagi menyedihkan.
jadi aku perlu menikmati masa yang ada bersama mereka daripada bersedih dengan perkara yang sememangnya Allah dah tulis di 'sana'. 

Biarlah dia, dengan hidup nya yang telah melakukan aku seperti ini. 
Yang kata mahu berubah kerana Allah tapi nampknya seperti telah mendapat pengganti. 
Sudah tawar hati katanya.
Apakan daya, aku tak mampu untuk memaniskan lagi hatinya seperti 4 tahun dahulu kerana dia telah jumpa pemanis nya di sana. 
Inilah padah hubungan jarak jauh. Seperti sia-sia je aku setia. 

Biarlah,  yang penting aku dah nak habis belajar insyaAllah. Harap semuanya berjalan dengan lancar. 
mungkin satu hari nanti baru dia sedar siapa yang ada masa dia susah hati dulu, masa dia perlukan bantuan, untuk dengar cerita dia. kalau mahu ikut perasaan suka sahaja, mungkin aku juga dah lama tinggalkan dia. Tapi aku masih bertahan kerana aku pasti itu hanya sekadar perasaan yang sentiasa ada dalam hubungan.
Tapi dia? 

Semoga Allah memudahkan segalanya selepas ini. 
Amin. 







Wednesday 16 September 2015

Sad truth, I can't

Assalamualaikum,,


Hei, hei, alhamdulillah, the hardest assignment, peak of the semester which was presentation review article, at last,, DONE!!!!! Nervous tahap nak terberak sangat pun mampu tahan.. yes,, ni bukan gebang because on the same day time tu jugak la sakit perut.. apa ntah yang dah salah makan.. masalah jugak la bila nervous campur sakit perut.. Dah habis present elok pulak perut ny,, haishhhh,,, 

Somehow, to reach this level,, especially this semester,, not that easy.. 
When you have very important, hardest, time consuming assignments,, time tu jugak la masalah bertimbun-timbun datang. One after another. 
When the problem affect your work performance,, after weeks, hanya satu page of the article je dihantar and kena marah dengan supervisor especially when she said my review article was not interesting.. Rasa speechless.. Nak nangis (i mean dah nangis because of this). Tak tahu nak salahkan siapa sebab obviously that was my fault. As i mixed my personal problem with my work.. 

And because of this problem, i feel like i have problem with everyone. Either i hate everyone, or everyone hates me.. 
I just can't,, bila ada rasa tak suka dan benci dekat orang lain.. But somehow,, I tried my best to just forgive them.. and forget everything. yes, everything,, 
BUT I CANT!
whoever yang pernah rasa like betrayed by someone yang dah kenal for a very long time,, will know how i felt. 
Tengok gambar pun rasa tak mampu.
Bila teringat semula, rasa nak nangis, rasa marah, geram, benci,
Sakit. 
Sakitnya masih disini.
But i dont like this feeling. 

Aku pernah sakitkan hati orang sangat ke?

Then, when I made my decision,,
datang lagi orang yang hate me because of my decision..

I just dont know,, what i should do..
Thank you. 






Thursday 6 August 2015

Pelangi tiada setiap hari

Hye and assaamualaikum.

Rasa macam lapuk sangat as the latest update was last year,, or more than a year I guess. Sekarang pun dah sem 5. FINAL YEAR weiiiii. Final year. *nangis peluk bantal. Time tu la nak kena but review article, kena baca berpuluh research article orang lain, buat report, buat assignment. Nak balik kampung pun macam tak berapa nak ada harapan. Nak pergi toilet pun rasa macam kena postpone akibat kesibukan diri. haha. Over! 
Not to forget, to reach this level, memang ada ups and downs yang dah dilalui. Tak cukup tidur buat report, stress level meningkat, study last minute (wajib) ,ok jangan sampai ada aneurysm ke stroke ke apa dah la. But somehow, dapat jugak la sampai ke level ni *masih nangis golek-golek. Hopefully semua pass and dapat graduate on time la. Amin.

Anddddd, bukan masalah study je. Masalah kehidupan pun membelenggu diri. Tapi lebih parah lagi when our expectation remains as expectation yang hanya memarahkan hati dan fikiran. Things we expect not as what we expected. 
Hope is just hope.
Promise is just promise.

Only two places where we can keep the love. In the heart, or in the hand.
Only two love exists in this world, 
Love to Allah or Love to other than Allah.
kita sendiri judge hati dan diri kita di mana kah kita meletakkan cinta-cinta yang kita ada. 
lebih jelas lagi dapat dilihat bila kita kehilangan cinta yang kita puja selama ni.

Semoga kita di ampunkan.
Mohon maaf atas segala salah dan silap selama ini.
Salam perpisahan.

^ acah-acah raya. ;p

Wednesday 26 March 2014

Break the cocoon and be the most beautiful butterfly

Assalamualaikum

kabare? waras? kita sihat-sihat je alhamdulillah

Masa banyak je untuk update blog tapi malas nya bukan main. Padahal hari-hari buka lappy. Idea berlambak2, malas jugak menguasai diri. hehe.

So, sekarang dah mula sem 2 dekat IMU ni. Eh, macam tetiba en,, tak update tentang sem 1 tetiba dah sem 2. hehe. Today dah second week of new sem and sincerely, these 2 weeks were extremely, utterly, very very tiring. Sama ada aku yang dah terbiasa dok pi tidur berejam kat umah masa cuti atau memang ia memenatkan. Okey aku pilih ia memang memenatkan. Almost everyday class from 9 am to 6.15 pm and sometime from 8 am. And can u imagine 7 lectures for one day. Memng tahap meltup-letup bomkebabom la neurone otak aku ni. Last lecture je dah mula melayang-layang fikir nak makan apa, fikir tidur, update insta dan tidur. Sangat tak tahan samai malam dah tak larat nak buat apa dan rasa nak nangis ada jugak T.T

tapi
tapi
tapi
Alhamdulillh, masih survive lagi dengan hidup macam ni. Harap semua nya dipermudahkan oleh Allah. FIGHTING!!!

Untuk bebrapa post sebelum ni,, aku update tentang tak leh fly la, sdih la and whatsoever. But now, at this moment, aku tahu yang aku dh MOVE ON!!! oyeah! oyeah! kaching~~ kaching~~sebab:

1. Bila tengok kawan2 aku post gambar g jalan2 la, shopping la,, aku chill je,,. dah tak kisah sangat. Scroll insta takde feeling pon. Kalau tak dulu rasa nak baling2 fon sambil jerit BEST GILA AKU NAK JUGAK GI SANA!!!!!!@#$$%%^^&&**()
2. Sekarang dah tak rasa stress fikir tentang fly. Kalau tak dulu kat intec mak aih stress gaban fikir lepas ke tak nak fly.
3. Sebab aku dapat biasiswa jugak. hahahaha.. 
4. Dan sebab aku tahu,, kat mana2 pun,, ada kebaikan dan keburukannya,, kesusahan dan kegembiraannya. For example,, kalau aku homesick aku boleh balik rumah terus,, hahha,, macam jahat. Then, nak cari makanan yang kena dengan tekak kampung aku ni pon senang evento semua aku makan je sebenarnya, haha. Then bab belajar,, kalau aku sambung doctor,, obviously Im gonna choose the path where I dengan sengajanya put mysef in a stressful environment walaupn sekarang stress jugak,, hahah. 
5. kalau aku nak gi obersea,, boleh je pergi bila2,, asalkan ada duit. $$$

So, now happy me is happy azmira. For the future,, tak tahu lagi nak jjadi apa,, doctor ke,, researcher ke, diagnostic lab technlogist ke,,. tapi yang penting nak jadi isteri,, insyaAllah,, hahah. 



The most important thing is dont ever ever ever regret with whatever u have gone through and dont ever ever ever give up. Life is not just about success and happiness sometime we need to know what is failure because it can brings us to success insyaAllah.


Love u all.. muah3.

Bye  


















Thursday 26 December 2013

HIDUP BUDAK COMEL

Assalamualaikum,, 
hai u ollz,, maaf la, lama sangat dah tak tengok blog ni.. Cuma kadang2 je ushar mana lah tahu aaron aziz dah follow blog ni,, baru la hari2 update, haha.

Dah berbulan jugak la aku berkabung lepas result kuor ritu. Sedih bebenor.. hehe. Tapi tak de la rasa macam berkabung sangat, sebab badan makin naik je,, ke makan banyak sebab stress,, haha. Ekcelly ah dekat tiga bulan dah masuk U. Terkandas kat bukit jalil pulak dah sekarang. Macam tak kasi berpisah dengan kawasan bandar je ni. Memang menempah akaun untuk kosong bagi setiap hujung sem ni.. Ada la maybe tinggal 10 hinggit dalam akaun, sebab wajib ditingggalkan,, haha, kalau tak mmg tu pon diperabis. So, so far kat sini Alhamdulillah, baik2 je semua. Tempat tinggal, tempat belajar, orang2 nya,, walaupun kadang2 rasa macam kejutan budaya ada jugak kat negeri sendiri,. Mana tak nya,, pempuan dengan lelaki main bertepuk tampo sesuke hati,, orang kampung macam aku ni mmg terkejut la.. Main cuit2 ala2 suweet muweet gitu dengan aku,, mmg bertaekwando la aku. Rasa nak jerit,, hoii syaitonnn,, ko cuit aku!! Haha.

So disebabkan dah dekat tempat baru ni kunun nye.. Aku pun buat la ala-ala foreigner.Jenjalan makan angin kat KL ni.. Ala, nak membiasakan diri jadi orang keyel la konon nya,, Tak nak kekok nanti, Haha. Alang-alang kawan aku datang dari Jb,, memang berjemaah la jadi foreigner muka jawa kat tengah bandar. Banyak jugak la tempat yg perabis duit yang dipergi. Jalan Tar, TS, Pasar Seni, Petrosains dan kedai2 berdekatan. Memang shopping sakan. Tak dapat menahan nafsu. Dah balik baru kena practice puasa ni.. Nak blajo menahan nafsu... Padahal duit dah habis buat shoping. haha. 















Inilah antara gambar2 cantik ku,, ececeh,, hehe,, Antara kawan2 yang pi jenjalan sekali.. Malas nak upload gambo bebanyak. Sebab bertahun nak upload. hehe. Setakat ni, ni la perjalanan yang mearik sebab selain ini,, hidup ku di hiasi dengan timbunan lab report dan kerja lain. Dah namanya biomedical scientist, tak kan la nak banyak assignmt buat lagu kot. Lab report je laaaaaa.. 



Sampai sekarang aku masih lagi perlukan masa untuk menerima keadan ini.. Mana tak nya, baru je lega sebab rasa tak kisah pon beljar kat mana2,, tup2 ade orang upload gambo jenjalan. Memang madah berhelah laa aku. Dah berkabung semula. haha. Tak laa.. insyaAllah okey. biasa la tu.. tengok orang jalan2... sedangkan setiap orang dah ada ujian nya yg tersendiri yang telah dietapkan.. kat mana pon ada senang dan susah nya.. 
ok dah pnt.. Dah mlam.. nk ngorok. hehe.. next time la update lagii..
byeeee..
nyteee
Assalamualaikum.