Thursday, 18 February 2016

Thank You.

With time, the wounds will heal.
Leaving scars.
Scars that will remind me of all the memories.


'Cepat habis belajar, cepat kahwin'
'tahun depan'
'lepas habis belajar'

Hidup aku bertahun-tahun yang bermimpi, mimpi yang indah, tapi rupanya memang sekadar mimpi.
Mimpi yang tidak akan tercapai.
Masa depan yang telah aku rancang tapi rupa-rupanya Allah rancang yang lain.
Hati, hati yang terlalu berharap, bergantung kepada manusia,
Parah. Hati yang sangat parah apabila terlalu mengharap.
Aku tak salahkan Allah,
sebab aku ingat lagi yang aku sendiri minta diberikan insan yang terbaik untuk jadi imam,
untuk bawa ke syurga.
Mungkin dia bukan yang terbaik dan aku hanya perlu sabar, tunggu yang sebenar-benarnya.
tapi, boleh ke?
Jika hati masih berharap pada yang satu,
Tapi satu itu sudah menemui yang terbaik untuknya, Sudah gembira dengan keputusannya untuk pergi. Sudah merancang masa depannya dengan si dia.
Bodohkah aku kerana masih mengharap dan menunggu?
Aku memang perlu terus pergi, tapi hati ini,, AHHH!
aku pun tak faham.

tapi aku rasa, perkara ni tidak sepenting mana.
kerana aku lebih gembira apabila mak, ayah aku masih ada, family aku masih ada.
Bukan kah jika meraka tiada, lagi menyedihkan.
jadi aku perlu menikmati masa yang ada bersama mereka daripada bersedih dengan perkara yang sememangnya Allah dah tulis di 'sana'. 

Biarlah dia, dengan hidup nya yang telah melakukan aku seperti ini. 
Yang kata mahu berubah kerana Allah tapi nampknya seperti telah mendapat pengganti. 
Sudah tawar hati katanya.
Apakan daya, aku tak mampu untuk memaniskan lagi hatinya seperti 4 tahun dahulu kerana dia telah jumpa pemanis nya di sana. 
Inilah padah hubungan jarak jauh. Seperti sia-sia je aku setia. 

Biarlah,  yang penting aku dah nak habis belajar insyaAllah. Harap semuanya berjalan dengan lancar. 
mungkin satu hari nanti baru dia sedar siapa yang ada masa dia susah hati dulu, masa dia perlukan bantuan, untuk dengar cerita dia. kalau mahu ikut perasaan suka sahaja, mungkin aku juga dah lama tinggalkan dia. Tapi aku masih bertahan kerana aku pasti itu hanya sekadar perasaan yang sentiasa ada dalam hubungan.
Tapi dia? 

Semoga Allah memudahkan segalanya selepas ini. 
Amin. 







No comments:

Post a Comment