Friday, 2 September 2016

Masih Nur Azmira

Assalamualaikum.
Okey, sekarang dah masuk 3/9/2016 pada jam 2.52 pagi dan aku masih belum boleh tidur.
Semua ni mungkin atas dasar dah topup tidur 3 jam siang tadi, lepastu dinner melantak mee bandung siap roti canai sekeping dan teh ais secawan. Tetiba datang mood nak update new entry gituewww. Macam seram en pepagi buta gini datang mood. haha.

Esok will be another 'big day' yang perlu dihadap. Hati, mental dan fizikal perlu kukuh, jiwa perlu mantap. Dan harapnya perasaan 'it supposed to be me' tak datang lagi.

Eh, kenapa tetiba 'it supposed to be me' pulakkan?
Haaa kena bukak buku sejarah semula ni kalau nak tahu kenapa. Mintak-mintak la anak cucu cicit aku tak baca blog ni, memalukan je dah tua nanti. haha.

Tahu je ramai macam berharap untuk tahu the real story behind all these shocking news en. Every time aku update status ada je manusia yang cuba menimbulkan spekulasi dan gossip tersendiri. Sampai dah move on ni pon ada je orang nak tahu perihal peribadi ku ini. Dah dipinang orang ke, dah ada orang lain ke. Uishhh,, sis bukan retis, kenapa hangpa dok banyak sangat tanya ni.. Rimas ada jugak. Haha.

Banyak je dengar kisah-kisah yang terjadi dekat tempat depa belajar tu. Somehow, aku decide untuk tak bukak cerita sebenar especially kepada wanita itu. Takpelah, biar la dia dengan sekadar apa yang dia tahu, dengan kebahagian yang dia impikan sejak diajak kahwin. Aku tak layak untuk menghancurkan impian dan kebahagiaan orang. Aku tak layak untuk buka aib orang. Apatah lagi wanita itu tak make effort pun untuk confront dengan aku, tanya perkara sebenar. So, who am i nak tetiba datang kat orang and cakap, 'wei aku ada benda nak bagitahu tentang mamat tu'. Nobody will trust me and end up fikir aku cuma buat atas dasar cemburu melihat dia bahagia. No point la kan. 

After all aku happy je tengok orang yang aku pernah sayang, sekarang bahagia dengan pilihan hati dia. Walaupun bukan aku yang membahagiakannnya. 

Tiada guna jugak aku nak bersama dengan orang yang cakap tak pernah janji nak kahwin dengan aku. Ye, takpe, biar aku dan Allah je yang tahu betapa banyak janji yang kau dah lafazkan. Moga tidak la satu hari nanti kau termakan dengan janji-janji yang kau kata kau tak pernah berikan. 

Apatah lagi dengan kata-kata mak kau yang pernah aku panggil 'mama'. Mendalam. Tertusuk terus kedalam hati aku. Tawar. Ye tawar hati ni, hilang rasa sayang yang ada. 
Aku anggap nya sekarang sebagai 'pernah' sahaja.
Biarlah. Yang aku boleh kata biarlah. Biarlah mereka. 

Siapalah yang cukup kuat untuk bertahan walaupun sudah move on. Aku sudah move on, Sudah mula berusaha dengan insan yang lain. Tapi jujur hati aku masih rasa getarannya apabila melihat gambar-gambar mereka yang diupload. Jujur selepas melihatnya aku masih berdoa supaya Allah terus kuatkan aku. Kuat untuk selamanya. kerana aku masih Nur Azmira yang punya hati yang sama. 

No comments:

Post a Comment